BEST CHOCOJAR IN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Sedap Baq Hang Enterprise merupakan sebuah perniagaan perkongsian yang terdiri daripada 6 orang rakan kongsi. Aktiviti utama perniagaan Sedap Baq Hang Enterprise adalah menjual pelbagai jenis rasa Choco Jar. Perniagaan ini akan dimulakan secara rasmi pada 1 Mac 2018 dan perniagaan ini akan beroperasi di sekitar kawasan UniversitI Utara Malaysia (UUM).
Sebelum perniagaan ini dimulakan, semua rakan kongsi telah mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang pemakanan dan kami telah menyertai Program Kem Siswa Niaga anjuran Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Siswa niaga, Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi tujuan meningkatkan lagi potensi dan kemahiran keusahawanan kita dalam melaksanakan perniagaan di sekitar UUM. Selain itu, sebelum perniagaan kami dimulakan, kami telah menjalankan kajian pasaran terhadap orang ramai terutamanya para mahasiswa, mahasiswi dan staf-staf di UUM.
